CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, September 8, 2008

Salam Pengenalan

Kami sebagai jawatankuasa Bowling Club bagi sesi Julai 2008 yang baru ditubuhkan pada 12 Ogos 2008 ingin menganjurkan satu kelab yang mana mengkhususkan kepada sukan bowling. Kelab ini terbuka kepada semua warga pelajar dan staf unikl dan aktiviti sukan ini sudah pastinya memberi manfaat dan suatu kepuasan kepada semua orang yang menyertai kelab ini. Selain itu, kelab ini juga menganjurkan suatu aktiviti yang mana dapat memupuk budaya setiakawan dan kerjasama dalam kalangan ahli kelab, majlis tertinggi dan staf-staf yang terlibat.

Disamping itu, kami juga ingin mencungkil bakat-bakat pemain boling yang terpendam dalam kalangan mahasiswa Universiti Kuala Lumpur, yang mana mungkin boleh menaikkan nama Unikl dalam pertandingan boling. Kami juga ingin mempromosikan sukan boling ini yang mana sukan ini mempunyai keistimewaan, keunikan dan keseronokannya yang tersendiri kepada mahasiswa Unikl.

0 comments: